Monday, July 11, 2011

~Manisnye Kurma Ini~

2-3 taun lepas, bile aku tgk orang bergaduh atas politik,
aku meluat..meluat n lari,sambil mengutuk (bayangkan ;))
lari sampai aku taktau pon ape parti yg ade kat malaysia selain pas n bn

skng aku takmo benci, aku taknak jijik n lari bile orang berbicara mengenai politik
politik itu kotor, politik itu bermasalah, politik malaysia teruk
kalau aku lari dari masalah2 takutkan masalah2 tu menyusahkan aku..
kalau aku jauhkan diri dari yg jijik itu takut terkotorkan badan aku..
kalau semua orang khususnya muslim tak nak berhadapan dengan realiti politik dekat malaysia sekarang ni..
takut2 orang yang tak sepadan akan memegang kuasa..
takut2 islam hilang, sekular yg mengganti
bukannya aku nak kuasa perdana menteri..tu yg tetibe aku merapu kat sini

aku nak cakap, kita semua..
ya kita semua
dalam sejuta pemuda/pemudi islam kat tanah air kita..
takkan takde seorang yg mampu..
seorang yg mampu berdiri as politician kat malaysia nih
mesti ada..
memang ada..
cume hilang sebab takut bergelumang dengan masalah..
cume hilang sebab tak suka dengan yang kotor..biarle masyarakat tenggelam..
janji kopiah aku tetap putih
ape politik itu kotor ke??..
cube google tengok balik ape maksud politik..
politics, science or art of governing..
takde ape yg kotor pon dalam definition tu..
so kenapa ramai antara kita yg lari? 

bile seorang berbincang mengenai politik
tak bermaksud die seorang pembangkang
tak bermaksud sampai scholarship die lepas ni kene tarik..
tak bermaksud die tak bole cakap banyak hanya sebab die mude, tak tau ape..
tapi bile dah berbincang mengenai politik..
ingat balik kite ni muslim, ade prinsip yg kite tak bole cairkan

bile die berbincang mengenai berita video lucah..
dia berbincang mengenai isu..
tapi tak cepat menyangka yang bukan2..
kan banyaknye sangkaan tu adelah dose..tak caye bukak quran,surah 49(ade 18 ayat je dalam surah tu..pi tgk sesatu) 
die tak cepat mengenai sape betol sape salah..
die tak cepat datangkan kesimpulan..menuding sape yang ade kat video tu..
or die tak cepat simpulkan video tu merupakan satu fraud dari opposing side..
apatah lagi, die tak cepat sebarkan berita yang lansung tak dikaji..telan bulat muntah pon bulat
takut2 die timpekan kat satu kaum dengan perkare yg tak dingini..
atas ignorance die sndiri.. 

bile die bincang ttg webiste govrnment kene hack..
die tak sewenang2 nye bersorak kehappyan..kenape kite nak happy???
or die tak sewenang2 datangkan tuduhan kpd mane2.."kan PRu dah nak dekat, ni taktik nak nmpk kerjaan lembek a ni"

bile die tau kuar kat malaysiakini pasal peruntukan untuk laman fb,
die tak cepat mengkritik,
tanpe die dengar ape KATE MENTERI pasal peruntukan tu..
ini asal nampak satu pihak macam bersalah,tanpe dapatkan penjelasan teros hangin
kan tak alih2 dah tersalah..
berita dah kite sebar..dekat fb abeh dah mencarut..
alih2 salah..agaknye hilang ke dosa setakat delete post yg tersalah kat fb?(korang faham ke example yg nih)

bile die tau betaun2 cukai tak dikenakan kat satu syarikat
die tak terus bangun, cakap kerajaan bodo..buat rugi rakyat
tanpe die tau ape polisi, ape kebiasaan,
bile mane negare MENJEMPUT syarikat luar masuk..

 bile die dengar hukum hudud,
die tak tolak terus n cakap hukum ni tak relevant,
die gak tak teros nakkan kerajaan tegakkan hudud hari ni gak..
walaupun maybe time tu zakat tak digerakkan dengan sempurna,(aku tak ckp ni hal yg tgh berlaku)
walaupun maybe time tu korup tgh berleluase tak mampu dibendung,
musafir n perang ;))(pehal tetibe musafir n perang?)

aku tertarik dengan harapan sorang ni
die harapkan satu generasi,
generasi yg butakan warne bendera,
tapi nampak ape yg benar ape yg salah..
satu generation yg mane paradigm dyorng tak terikat dengan parti..
(anjakan paradigma tu bukan batu loncatan XD, paradgima tu care n konsep kite membuat assumption)

aku bukan yg patot bercakap..
tapi aku terase nak cakap lepas aku tgk ape situation kekawan aku kat sini,
bagi sape2 yg takut2 nak tau isu politik..bangun weyh
kite perlukan orang cam korang bangun, untuk pimpin kitorng satu mase nnt..
bagi sesape yg dah amek langkah mengetahui isu nih..
jage2 aa..darah orang mude ni panas..ni semua orag tahu..
tapi jangan darah tu gune untuk naikkan parti
gunelaa darah tu untuk naikkan islam n masyarakat..lagi bernilai aku rase 

jangan sebab meluat, korang takmo amek tau
pastu takmo mengundi..
jangankan sudah kalau ade yg tak kene, 
banyak plak bunyi yg kuar..bagaikan manisnya kurma ini..:DDD 

banyak eg. aku kasik, macam aku ni pro kerajaan je..
aku tak pro memane, yg penting niat d hati XD...

Wednesday, July 6, 2011

~Birthday Wish~

Assalamualaikum:)...

7/7/1990.... lahir lah insan yg d beri name Muhammad Hanis b. Ridzuan...
Alhamdulillah umur kini genap 21 tahun masihi... dlm tahun Islam lagi la tua=.=...
Syukur kepada Allah atas ape yg d kurnia kan pada ak sejak ak d lahirkan hingga pada saat ini...
Terima kasih kepada kedua ibu bapa ku yg kini bertungkus lumus mencari nafkaf dan mmberi didikan yg sepatutnya kepada anak2 mereka:)...
Thanks 2 Anis Farhanah 2 coz make my life more colourful everyday:)...
2 all my frenz, i wish u all all the best in ur life n afterlife...
InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita walau mcm mane susah sekalipon keadaan dri kita:)...

Thank you so much 2 Allah  n everybody in my life:)... Love u All so much:)

Tuesday, July 5, 2011

Became An Architec For A While:)...

Assalamualaikum semua:)...

cite panjang pon x gune... mari kite tgok skit ape hasil yg telah ak bantu:)...




























Thanks 4 watching:)...

Thursday, June 30, 2011

Exam Da Abis!!!!

WEEEEEEEHHHOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ok.. Ngantok!! x tdo lg smalaman.. 
 abis exam men game=.=... 
BYE!!! 
Sweet Dream dude!! hahaha

tu je yg ak nak post.. jgn lupe doakan kejayaan saudara2 seislam mu:)

Wednesday, April 13, 2011

Sebuah Kisah Untuk Dikongsi:)...

Secebis Kasih Sayang.. 
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
 
 
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuhdan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
 ''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..
 "Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
 Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
 Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

 ''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
 

Barulah Ku Sedar~~~

Assalamualaikum W.B.T..

First n foremost, ak admit.. mmg ak sedar...
dalam ak bergurau2, menyakat2 org ade salah ak...
mmg kite rase epi dapat sakat org, org len pon epi gak sbnarnye...
tp, biar kene pada care kite sampai kan la...
jgn lak kite nak over limit, thats why people cannot acccept us...
but, 4 those who know me...
I'm a happy go lucky person...
just 2 make joke with u guys:)...
but now i aware that my joke does not always make people laugh...

Second, i want 2 seek forgiveness...
4 what that i have done with u all...
maybe i think its just a joke...
but, 4 all of u it's a condemn...
(x pasan lak tergune english terus.. hehe)..
OK2...
so, mari lah kite bersama2 muhasabah diri...
atas ape yg kite lakukan.. ya! saya x sempurna...
tp, saya cuba memperbaiki diri saya:)...

<<<CONTOH TERBAIK>>>
kenapa manusia ni selalu wat salah n perlu selalu d ingatkan...
ingat lah teman, kite ni manusia biasa...
ade akal, ade nafsu...
kite x leh lari dr masalah yg kite hadapi...
kenapa setiap kali masuk waktu solat, mesti ade org AZAN...
terpikir x????
abah ak penah cakap kat ak...
(sory abah, mintak izin gune modal skit ea.. hehehe)
sbb, kite ni kene sentiasa d ingat kan...
sntiasa lupe ngan dunia...
smpai masuk waktu solat pon, Allah nak tunjuk yg
kite perlu d ingat kan...
apetah lg ngan masalah2 yg kite hadapi...
Thus, (hahaha..) kite hendaklah muhasabah diri kite kadang2...
dengar ape yg org ckp pasal kite...
kite bkan sentiasanya betol sepanjang masa...
(ok, pnjang sgt pon org bukan nak bace=.=)

Last but not least, salam ukhuah fillah abadan abada dr
Muhammad Hanis B Ridzuan...
penceramah bebas dr Port Dickson.. hahaha..

P/S: Tq to all readers 4 reading this post, just nak mintak tolong anda sume... sape2 yg terbaca or terpaksa  
       mmbaca post ni (hahaha..).. mntak tolong anda sume doa kan kejayaan saya dunia akhirat, terutama final
       exam IIUM yg baru je lepas ni.. InsyaAllah, kalo kita menolong org, Allah pasti akan menolong 
       kita:)...wasalam...

Friday, April 1, 2011

IIUM examanation!!!

WAZUP2...

Lame sudeyh kita x bersua blog... biase r, ak bkan suke menulis pon... kalo membaca lg la, 5 minit da menguap mcm singa jantan=.=...

Lupe lak, senanye nak cite pasal exam IIUM... mmg la rase best dapat masuk UIA kot.. antara universiti yg di pandang org dgn nama ISLAM yg di bawanya lg kan.. mane x dsegani org ramai... tp masalah nye... sape2 yg x masuk UIAM x tau ape masalah2 yg kami sebagai student alami. sgt panas krrrroott!!!

Sebagai student engineering kat sini... bia ak cite skit ape kes sebenarnye(ayat boleh mcm keling da ni)... mcm ni.. Pada suatu hari... al-maklumlah tahun sape yg lahir tahun1990 ni org kate da jd mcm "rat lab" or guinea pig utk rakyat Malaysia tercinta ni... mase ktorg masuk CFS IIUM or centre for foundation studies IIUM dlu, mostly ktorg sume kene wat 2 taun subject pon banyak. masuk gombak pon ade 1 taun lg foundation utk enginerring. pergh!!! sape yg amik cos len sume da leh major da.. masalah2...

Then student yg masuk 1 taun lepas ktorg diorg low kan skit exam EPT or english proficiency test so most student dapat level tros tggi. mmg best r x yah blaja byk2.. pas2 lg panas ngan UIA ni diorg leh lak kurg kan subject engineering.WOW!! byk la dak2 engine yg lepas dapat setaun ngan setaun stgh... masuk GOMBAK saing batch 1990. x kesah pon bende 2 sbenarnye.. lg ramai lg meriah org kate;), cume UIA punye pandai amik banyak2 smpai kelas pon x cukup nak tanggung budak2...

Datang lah khabar angin ketelinga ku, student uia utk engineering kali ni ramai, so department terpaksa wat test ngan exam susah2 kat bdk2 so dak2 engineering tukar cos len...ZzZzZzZ....ape la masalah keluarga UIA ni...pas2 yg telebih panas nye.. skang die da kembalikan balik subject2 engin yg kat CFS dlu. jd stdent2 yg amik engineering kat CFS IIUM mostly akan study for 2 ears balik la.. damn!.. yg sakit nye??? pk la sndri.. sad UIAM...

2 lah citenye.. haha... malas tol menulis.. ak suke bercerita bakn menulis.. hahhaa.. bye!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Maksud Isi HATIku~~~

Assalamualaikum...

     Wahai blog ku yg berabuk lagi bersawang... tiba masanya utk ak membersihkan dan mengemaskini kan kau...

     Hati...... merupakan anugerah Allah yg sempurna... kau mampu merasai pelbagai perasaan... sedih, suka, duka, muram, marah, gembira... manusia x akan dapat lari dari merasai perasaan ini... termasuklah diri empunya blog ini :)...

     Sukar bagi aku utk meluahkan... ak mmg x perfect... tp ak cuba utk menjadi yg terbaik.. mmg sume  manusia sentiasa dan sering x lari dari kesilapan... tp mampukah kita utk menjaga consistant@istiqomah diri kita sentiasa menjadi baik sepanjang masa? kepada pembaca yg membaca blog ini, aku ingin memohon maaf aats segala kesilapan, walaupon ak sering kali melakukan kesalahan terhadap korang sume...

    Sejak kebelakangan ni... ak jadi muram je... mungkin ak kehilangan senyuman org yg ak sayang :)... tp x pe... ak cuma harap die sentiasa gembira d samping rakan2 die yg mampu n layak memberi die kegembiraan dalam hidup die... ak cume berdoa agar die sentiasa gembira n sihat walau d mana die berada... hanya Allah n ak sahaja yg tau ape dalam lubuk hati ini :)...

    Ade org tanye, nape ak sentiasa ckp beralas@berkias... susah ke nak ckp terus terang? :)... biar ak terangkan kat korg... ak mmg bukan jenis terus terang... sbb ak x suke sakit kan ati org... ak nak org 2 sendiri pk ape maksud ak... ade org ckp malas r nak pk, ckp je tros terang kan senang :)... bila ak ckp eros terang, thats the time when people HATE me :)... coz, i dont know how 2 talk straight foward... trust me, even what i said is the true thing, thats not what i really mean :)...

    I really like 2 make jokes with other people... so, i hope u all dont have any heart feeling with me :)... i really like when other people r smilling coz it make me smiles 2 :)... 4 the 2nd time... 4 those that have any heart feelings with me... i relly2 sorry.. i do not have any attention 2 do that... SORRY GUYS :)... smiles always :)...

p/s: esok ade quiz dynamic, pliss pray 4 my sucsess:)... i'll pray 4 u 2 :)...

Monday, November 29, 2010

PeNiNg!...

Assalamualaikum...

Ari ni ak Pening pale sbb kene drive je dr pg=.=.. 

fullstop.. bye blog.. ak da update.. hahaha..

Tuesday, November 16, 2010

25 things about me

Assalamualaikum... salam raye haji ye rakan2 serta taulan.... huhuhu

kenapa ak kene post ni... sbb ak kene tag oleh Anis Farhanah =.=... seb bek comel.. hak3... ok... mari kite mulekan:)... bismillahirahmannirahim...

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."


>name d beri Muhammad Hanis B. Ridzuan
>1st n foremost sy adelah ISLAM.. yaeah!!! 
>sy anak sulung dr 4 adik bradik:).. berat tggungjawab 2.. huhuhu
>love my family so much:)
>taken by Anis Farhanah yg cute miut.. hak3...
>stdiying in IIUM taking Aerospace Engineering... InsyaAllah:)
>ak bleh jd lawak giler ngan org yg rapat ngan ak:)
>lupe lak.. age da 20=.=.. tua dow...
>mnat gak la tentang kapal2 terbang ni...
>nak jadi tough odooo.. hahahaha
>currently playing tennis, bleh r kalo stakat lawan roger 2.. hahaha
>kate X nak pada smoke.. bluek!!
>sy budak mendgr kata:P.. hahaha
>hormat org tua:)
>nak stdy overc, tp x de peluang lg:)
>kaki gamers... pantang tgok org men game mst nak cube.. hak3
>friendly 2 all:)
>kalo bleh nak jd engineer muslim yg berjaya:).. IR mariii.. haha
>love all my fren:)

COP!!!
letih da ni... x tau lg ape nak discribe.. hahaha
ok.. continue...

>x suke mmbaca n menulis panjang2... hahaha
>tgah o9 ngan Anis farhanah skang...
>Hari ni hari raya korban!!! hahaha
>esok ak nak sembelih lembu;P...
>sy kuat o9.. fuh letih... last 1... come on janis.. hahaha
>kalo boleh nak rmbut mcm farid kamil... hahaha

waaaaaaaaaaaaaaa....
letih ma pk... lg susah dr exam.. hahaha.. siap la Anis Farhanah pas ni=.=..
bye2 dude... nak blasah dak ciut ni.. hahaha

Friday, November 12, 2010

Anis Farhanah Md Zawawi:)...

assalamualaikum...

mst korg tertanye2 kan sape kah name saudari di atas... die lah yg telah mencuri hati empunya badan ini dan d jaga dgn rapi:)...

                                                       tgok skit sape Anis farhanah ni:)...

comel kan?comel giler kot.. hahaha.. what eva people think about her good or bad things... i know her more:).. SY KENAL SAYANG SY:)..

tp bru2 ni die jd bertmbah comel+cun melecun lah... hehe.. nak tau
sebab ape...

JENG 3X....


die da jadi awek arab beb.. hehe... mule2 ak suke giler r kalo die pkai purdah kan... dapat awek arab.. hehehe..

pk2 balik.. ak lak yg jeles nnt=.=... kompem ramai laki nak takle n usha die.. sob:((.. huhuhu..

but, wateva things happen, i do love her ... coz she is amazing to me just the way she is...

Anis Farhanah:)..
when  i see your face, there's not a thing that i would change...coz ur amazing just the way u are!:)
And when u smile,the whole world stop and stares for a while, cause girl you're amazing just the way u are!:)